Bengkel Penyelarasan dan Penilaian PKKB & LA21 Tahun 2025
Serta Taklimat Permohonan Program PKKB & LA21 Tahun 2026 Zon 2
YBhg. Tuan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Dungun (MPD) telah menghadiri Bengkel Penyelarasan dan Penilaian PKKB & LA21 Tahun 2025 serta Taklimat Permohonan Program PKKB & LA21 Tahun 2026 Zon 2 yang berlangsung pada 7 Oktober 2025 (Selasa) bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Majlis Perbandaran Batu Pahat, Johor.
Program yang dihadiri oleh wakil-wakil PBT dari Zon 2 (Johor, Negeri Sembilan, Pahang dan Terengganu) ini bertujuan untuk:
Membincangkan pencapaian pelaksanaan program PKKB & LA21 sehingga September 2025.
Menyelaraskan pelaksanaan dan penilaian program tahun semasa.
Memberi taklimat permohonan dan perancangan program bagi tahun 2026.
Penyertaan ini menzahirkan komitmen Majlis Perbandaran Dungun dalam menyokong agenda pembangunan mapan di peringkat tempatan, memperkukuh penglibatan komuniti, serta memastikan pelaksanaan inisiatif hijau dan lestari dapat direalisasikan dengan lebih berkesan.
Majlis Perbandaran Dungun merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak penganjur dan semua pihak yang terlibat atas penganjuran bengkel ini yang memberi ruang untuk perkongsian ilmu, penambahbaikan dasar serta pengukuhan kerjasama antara Pihak Berkuasa Tempatan.