HARI CUCI CUCI MALAYSIA PERINGKAT DAERAH DUNGUN

27 September 2025 (Sabtu)

Majlis Perbandaran Dungun (MPD) dengan sokongan terhadap hasrat Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah menganjurkan Program Hari Cuci Malaysia 2025 : Pembersihan Mega Sempena World Cleanup Day 2025 di Pantai Teluk Lipat, Dungun.

Program ini telah disempurnakan oleh Yang Dipertua MPD, Tuan Haji Lukema Meri bin Salleh@ Abdul Latif dengan penyertaan terdiri daripada pelbagai agensi, institusi, sukarelawan iaitu Kontraktor Pembersihan MPD, Pejabat Belia dan Sukan Dungun, SMA Sultan Ismail Dungun, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA), warga kerja MPD, NGO (Geng Plastik Ija) serta orang awam.

Selain memberi impak positif terhadap kelestarian alam sekitar, program ini juga telah menyumbang kepada pencapaian Malaysia dalam The Malaysia Book of Records (penyertaan teramai – 100,000 peserta).

Di kesempatan ini juga, MPD dengan rasminya menggazetkan Pantai Teluk Lipat sebagai ZON SIFAR SAMPAH, selari dengan kempen “SAYA BAWA PULANG SAMPAH SAYA, SAMPAH SAYA TANGGUNGJAWAB SAYA”.

Semoga usaha yang dilaksanakan ini dapat diteruskan demi kelestarian alam sekitar dan pembangunan mampan pada masa hadapan.

#SayaCaknaKebersihan

#SampahSayaTanggungjawabSaya

#AmalanKecilBerimpakBesar

#HariCuciMalaysia2025 #WorldCleanupDay2025 #CuciMalaysia

#HCM2025

 

555044364 1253540780131935 4941626342345516964 n

Pin It
  • Site Last Modified : Wednesday 15 October 2025.

visitors since 2016

01311491

DUNGUN MUNICIPAL COUNCIL
Jalan Yahaya Ahmad,
23000 Dungun, Terengganu.

T : 09-8481931
F : 09-8483210
E : mpdungun@terengganu.gov.my