KURSUS PELAN PENGURUSAN KESINAMBUNGAN PERKHIDMATAN
Majlis Perbandaran Dungun telah berjaya menganjurkan Kursus Pelan Pengurusan Kesinambungan Perkhidmatan yang berlangsung pada 8 hingga 10 Februari bertempat di UiTM Dungun.
Kursus ini bertujuan memperkukuh kefahaman serta kesiapsiagaan warga kerja dalam memastikan kesinambungan perkhidmatan organisasi sentiasa terpelihara walaupun berdepan situasi luar jangka.
Majlis perasmian kursus telah disempurnakan oleh Yang Dipertua Majlis Perbandaran Dungun, Tuan Haji Lukema Meri Bin Salleh @ Abdul Latif, sekali gus mencerminkan komitmen pihak pengurusan tertinggi dalam memperkasakan tadbir urus dan kecekapan penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.
Semoga ilmu dan pendedahan yang diperoleh dapat dimanfaatkan sepenuhnya demi meningkatkan kualiti perkhidmatan Majlis Perbandaran Dungun
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
FACEBOOK: mpdungun
Website: Majlis Perbandaran Dungun
UNIT KORPORAT DAN PERHUBUNGAN AWAM.

