LAWATAN KERJA MPD KE MPHTJ, MELAKA
29 Julai 2025
Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ)
Delegasi Majlis Perbandaran Dungun (MPD) yang diketuai oleh YBrs. Tuan Haji Lukema Meri bin Salleh @ Abdul Latif, Yang Dipertua MPD, telah mengadakan lawatan kerja rasmi ke MPHTJ bersama Setiausaha, Ahli-ahli Majlis serta ketua-ketua jabatan.
Lawatan ini bertujuan untuk menimba ilmu, berkongsi pengalaman serta memperkukuh jaringan kerjasama antara dua Pihak Berkuasa Tempatan. MPD amat menghargai layanan mesra, perkongsian ilmu yang luar biasa dan profesionalisme tinggi yang ditunjukkan oleh warga kerja MPHTJ.
Pengisian lawatan termasuk:
Taklimat pengurusan MPHTJ
Sesi Taklimat Oleh Pengarah Perancangan Bandar
- Perbandaran Rendah Karbon 2030
Lawatan ke kemudahan MPHTJ
Kunjungan ke Zoo Melaka
Terima kasih YBhg. Datin Sapiah binti Haron, YDP MPHTJ & seluruh pasukan atas sambutan hangat yang amat bermakna. Semoga hubungan dua hala ini terus subur demi kemajuan bersama.
#MPD #MPHTJ #LawatanKerja #PBTMalaysia #InisiatifMPD #PerkongsianIlmu #JaringanStrategik