Lawatan Kerja Penanda Aras Jawatankuasa MBJ MPHTJ ke MPD
27 November 2025 - Majlis Perbandaran Dungun (MPD) telah menerima kunjungan seramai 30 orang delegasi daripada Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) bagi sesi penanda aras Jawatankuasa Majlis Bersama Jabatan (MBJ).
Rombongan MPHTJ diketuai oleh TPr. Rafidah binti Haji Jaafar, manakala pihak MPD diwakili oleh YM Tengku Suhaimi bin Tengku Abu Bakar, Pengarah Jabatan Khidmat Pengurusan bersama pegawai-pegawai kanan dan Jawatankuasa MBJ MPD.
Program meliputi sesi perkongsian amalan terbaik MBJ, ucapan kedua-dua pihak, sesi soal jawab, menandatangani buku pelawat serta penyampaian cenderahati.
Semoga jalinan kerjasama ini terus memperkukuh hubungan strategik antara MPHTJ dan MPD dalam usaha meningkatkan pengurusan sumber manusia di peringkat PBT.
