MAJLIS PERBANDARAN DUNGUN RAIH TEMPAT PERTAMA DALAM KEMPEN MEMBASMI INFESTASI TIKUS KPKT 2026
Majlis Perbandaran Dungun (MPD) menerusi Pasar Besar Dungun berjaya meraih Tempat Pertama dalam Kempen Membasmi Infestasi Tikus sempena Pengiktirafan PBT Cemerlang, Kempen Kesihatan Persekitaran KPKT Tahun 2026.
Kejayaan ini membuktikan komitmen berterusan MPD dalam memastikan aspek kebersihan, keselamatan dan kesihatan persekitaran sentiasa diberi keutamaan, khususnya di kawasan pasar awam.
Kejayaan ini merupakan hasil komitmen dan kerjasama bersepadu antara warga MPD, jabatan dan agensi berkaitan serta para peniaga Pasar Besar Dungun dalam mewujudkan persekitaran pasar yang lebih bersih, selamat dan sihat.
Pencapaian ini bukan sekadar sebuah kemenangan, tetapi menjadi bukti bahawa kerjasama semua pihak mampu menghasilkan perubahan positif dalam mewujudkan persekitaran pasar yang lebih bersih, sihat dan selamat untuk peniaga serta pengunjung.
Untuk video kempen infestasi tikus 2026 sila klik di bawah :
Ikuti perkembangan terkini Majlis Perbandaran Dungun (MPD) melalui platform rasmi kami:
