Tarikh: 5 Ogos 2025
Kunjungan Hormat ke Majlis Perbandaran Dungun*
Majlis Perbandaran Dungun hari ini menerima kunjungan hormat daripada Encik Nik Hairul Zamani bin Daud
Pengurus Besar Pertubuhan Peladang kawasan Dungun dan Encik Amran bin Rifin, Pengurus Besar Pertubuhan Peladang kawasan Jerangau.
Kunjungan ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan strategik antara pihak peladang dan pihak berkuasa tempatan, selain membincangkan peluang kerjasama dalam pembangunan komuniti serta sektor agro-pelancongan di daerah Dungun.
Pihak MPD amat menghargai usaha dan inisiatif ini, selaras dengan aspirasi memperkukuh jaringan komuniti dan membina daerah yang mampan dan progresif.
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
https://www.facebook.com/100064280755985/posts/1210059251146755/?rdid=EJJE2kN93qFJGe2W
FACEBOOK: https://www.facebook.com/mpdungun?mibextid=ZbWKwL
Website: https://mpd.terengganu.gov.my/index.php/ms/
UNIT KORPORAT DAN PERHUBUNGAN AWAM.
#MPD #pbt #SayangiDungun#SeindahDungun
#MPD #Dungun #PertubuhanPeladang #AgroKomuniti #bandarmampan