MESYUARAT PERWAKILAN JABATAN KAWALAN BANGUNAN MPD

Majlis Perbandaran Dungun (MPD) telah menghadiri Mesyuarat Perwakilan Jabatan Kawalan Bangunan PBT Se-Malaysia 2025 yang diadakan pada 14 November 2025 bertempat di Aras 4, Bilik Gerakan, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB). Yang Dipertua MPD, Haji Lukema Meri bin Salleh, bersama Tuan Setiausaha MPD, En. Sabri bin Abas, turut mengadakan sesi libat urus dan kunjung hormat kepada YBrs. Tuan Muhammad Firdaus bin Shariff, Setiausaha MBMB.

Pada 15 November 2025, telah berlangsung Kejohanan Boling Tertutup Jabatan Kawalan Bangunan Se-Malaysia 2025 yang melibatkan penyertaan sebanyak 56 kumpulan daripada pelbagai PBT seluruh Malaysia.

Mesyuarat ini menjadi platform perkongsian amalan terbaik antara PBT berkaitan proses kawal selia bangunan, termasuk garis panduan permohonan homestay, glamping, chalet, kaedah menangani projek sakit serta pelaksanaan aspek teknikal pembangunan.

MPD turut merakamkan ucapan penghargaan kepada MBMB selaku tuan rumah Kejohanan Boling Tertutup Jabatan Kawalan Bangunan Se-Malaysia 2025, yang telah menyediakan fasiliti terbaik bagi kelancaran pertandingan yang berlangsung di Melaka International Bowling Centre (MIBC). MPD menghargai pengurusan yang teratur serta komitmen MBMB dalam memastikan kejohanan tersebut berjalan dengan lancar dan berjaya.

Ombak lembut memukul batu,

Angin timur membawa damai.

Dungun mengalu setiap tamu,

Kami menjemput hadir ayuh ramai-ramai.

#https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=1297424515743561&id=100064280755985&rdid=fTTSfuWZsGOrYTgl

#majlisperbandarandungun #rahmatilahdungun #sayangidungun #dungunmembangun

Jabatan Kawalan Bangunan,

Majlis Perbandaran Dungun.

583071479 1297426152410064 6696622192296268280 n

Pin It
  • Site Last Modified : Tuesday 18 November 2025.

visitors since 2016

01316440

DUNGUN MUNICIPAL COUNCIL
Jalan Yahaya Ahmad,
23000 Dungun, Terengganu.

T : 09-8481931
F : 09-8483210
E : mpdungun@terengganu.gov.my