MPD SERTAI MAPI 2025 DENGAN TIGA KUMPULAN – D Gate Fighter Dijemput Persembahkan Inovasi Antarabangsa

MPD Sertai MAPI 2025 Dengan Tiga Kumpulan – D Gate Fighter Dijemput Persembahkan Inovasi Antarabangsa

KUALA TERENGGANU, 17 November 2025 – Sebanyak 37 kumpulan telah bertanding dalam Pertandingan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Peringkat Negeri Terengganu 2025 yang berlangsung pada Oktober lalu di Dewan Besar, Wisma Darul Iman. Pertandingan ini kemudiannya disusuli dengan Majlis Anugerah Persada Inovasi Negeri Terengganu (MAPI) 2025 yang menghimpunkan para peserta serta pemenang.

Pada tahun ini, Majlis Perbandaran Dungun (MPD) terlibat dengan tiga kumpulan, termasuk satu kumpulan jemputan khas:

1. D Gate Fighter (MPD) – Kumpulan Jemputan Khas

Kumpulan ini dijemput khas oleh Kerajaan Negeri untuk mempersembahkan projek inovasi mereka dalam majlis tersebut selepas meraih Anugerah Emas di International Convention on Quality Control Circle (ICQCC) 2025, Taipei. Kehadiran mereka mengukuhkan imej MPD sebagai agensi yang aktif di pentas inovasi peringkat antarabangsa.

2. D’Akasia Elit (MPD)

Projek: Friendly Waste Bin

Memfokuskan inovasi tong sampah mesra pengguna bagi meningkatkan pengurusan kebersihan dan penyampaian perkhidmatan MPD.

 3. Nextgen Pioneers (MPD)

Projek: Wudhuk Go

Inovasi kemudahan wuduk mudah alih untuk kegunaan komuniti dan situasi kecemasan.

Kedua-dua kumpulan MPD yang bertanding – D’Akasia Elit dan Nextgen Pioneers – berjaya meraih Anugerah 3 Bintang.

Pada peringkat negeri, Yayasan Terengganu melalui The Tracers II muncul juara utama bagi Anugerah Persada Inovasi Emas, diikuti Majlis Daerah Hulu Terengganu (Perak) dan Pejabat SUK Terengganu – Bahagian ICT (Gangsa). Pelbagai anugerah khas lain turut disampaikan kepada agensi-agensi kerajaan negeri.

Penyertaan MPD melalui tiga kumpulan ini membuktikan komitmen berterusan organisasi dalam memperkukuh budaya inovasi, sekaligus menyokong agenda kecemerlangan perkhidmatan awam di peringkat negeri, negera dan antarabangsa.

https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=1299192408900105&id=100064280755985&rdid=XVGrrBLKCzFU2PZY580509483 1299191588900187 1145888439284793658 n

Pin It
  • Site Last Modified : Tuesday 18 November 2025.

visitors since 2016

01316440

DUNGUN MUNICIPAL COUNCIL
Jalan Yahaya Ahmad,
23000 Dungun, Terengganu.

T : 09-8481931
F : 09-8483210
E : mpdungun@terengganu.gov.my