OPERASI BERSEPADU SITAAN ‘BILLBOARD’ TIDAK BERLESEN
Bahagian Pelesenan dan Penguatkuasaan Majlis Perbandaran Dungun (MPD), dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun, telah menjalankan operasi sitaan ‘billboard’ tidak berlesen di sekitar daerah Dungun.
Tindakan ini diambil selaras dengan peruntukan di bawah Undang-Undang Kecil (Iklan) Majlis Daerah Dungun 1985, bagi memastikan setiap pemasangan ‘billboard’ mempunyai lesen yang sah serta mematuhi syarat dan peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan.
Majlis Perbandaran Dungun menasihatkan semua pengiklan agar sentiasa mematuhi peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa dengan mendapatkan kelulusan dan lesen yang sah sebelum mempamerkan sebarang bentuk iklan dalam kawasan pentadbiran MPD. Pematuhan ini amat penting bagi memastikan persekitaran sentiasa teratur, bersih dan selamat.

