OPERASI PENURUNAN KAIN RENTANG DAN GEGANTUNG HARAM

9 September 2026 (Rabu), Bahagian Pelesenan, Majlis Perbandaran Dungun (MPD) telah melaksanakan Operasi Penurunan Kain Rentang dan Gegantung Haram serta Tamat Tempoh di sekitar kawasan pentadbiran MPD bagi memastikan pematuhan terhadap syarat-syarat permit pengiklanan dan Undang-Undang Kecil Iklan yang berkuat kuasa.
Tindakan penurunan telah diambil terhadap semua bahan iklan yang didapati melanggar syarat-syarat permit dan peraturan yang ditetapkan termasuk kain rentang dan gegatung yang dipasang tanpa mendapat kelulusan Majlis.
Operasi pemantauan dan penguatkuasaan secara berkala dilaksanakan bagi memastikan semua pemasangan kain rentang dan gegantung mematuhi syarat-syarat permit yang telah ditetapkan serta tidak menjejaskan imej dan keceriaan kawasan bandar.
Sehubungan itu, orang ramai, peniaga dan syarikat diingatkan supaya mendapatkan kelulusan daripada MPD sebelum memasang sebarang kain rentang atau gegantung serta memastikan bahan iklan diturunkan sebaik sahaja tempoh permit berakhir.
Kerjasama semua pihak amatlah dihargai dalam memastikan persekitaran bandar sentiasa bersih, kemas, selamat dan teratur demi kesejahteraan serta keselesaan masyarakat. 
 
Pin It
  • Site Last Modified : Thursday 15 October 2026.

visitors since 2016

01444368

DUNGUN MUNICIPAL COUNCIL
Jalan Yahaya Ahmad,
23000 Dungun, Terengganu.

T : 09-8481931
F : 09-8483210
E : mpdungun@terengganu.gov.my