PELEPASAN KONVOI BERMOTOSIKAL KESUMA MPD KE CAMERON HIGHLAND

Pelepasan Konvoi Bermotosikal KESUMA MPD ke Cameron Highlands! 🏞️

Tarikh : 24-26 Julai 2025

Majlis Pelepasan Program Konvoi Muhibbah Bikers Club Kelab Sukan dan Kebajikan MPD (KESUMA) ke Majlis Perbandaran Temerloh dan Majlis Daerah Cameron Highlands, Pahang bersempena sambutan Ulang Tahun Pemasyhuran MPD Kali Ke-17 Tahun 2025. Program ini bertujuan untuk mempererat hubungan antara warga kerja MPD dan pihak berkuasa tempatan lain serta penyerahan bahan promosi bagi Program Pemasyhuran MPD yang bakal berlangsung pada bulan Oktober nanti.

Majlis pelepasan disempurnakan oleh YDP Majlis Perbandaran Dungun, Tuan Haji Lukema Meri bin Salleh @ Abdul Latif di perkarangan Pejabat MPD. Turut serta dalam konvoi seramai 77 peserta, termasuk Tuan YDP sendiri, Tuan Setiausaha, serta Ketua-ketua Jabatan MPD.

Konvoi ini bukan sekadar aktiviti santai, tetapi juga menjadi medium mengeratkan silaturrahim dan semangat berpasukan dalam keluarga besar MPD.

Selamat menjelajah dan semoga perjalanan pergi dan balik diberkati serta dilindungi Allah SWT. Hati-hati di jalan raya

https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=1199930072159673&id=100064280755985&rdid=DhYvnpGOXQHqAsI6

#KESUMA #KonvoiMPD2025 #MajlisPerbandaranDungun #RideToCameron #TeamDungun

#Dungunbandarmampan

#Dungunbandarbahagia

 

523325089 1199929928826354 4921934018083050874 n

Pin It
  • Site Last Modified : Sunday 17 August 2025.

visitors since 2016

01301833

DUNGUN MUNICIPAL COUNCIL
Jalan Yahaya Ahmad,
23000 Dungun, Terengganu.

T : 09-8481931
F : 09-8483210
E : mpdungun@terengganu.gov.my