4 Januari 2026 (Ahad) – PENYAMPAIAN SAGUHATI KEPADA PELESEN YANG MEMPERBAHARUI LESEN PERNIAGAAN TERAWAL BAGI TAHUN 2026
Majlis Perbandaran Dungun (MPD) telah mengadakan penyampaian saguhati kepada para pelesen yang membuat pembaharuan lesen perniagaan terawal bagi tahun 2026. Penyampaian saguhati tersebut telah disempurnakan oleh Tuan Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Dungun, Tuan Haji Lukema Meri bin Salleh @ Abdul Latif.
Inisiatif ini merupakan tanda penghargaan MPD atas komitmen dan kerjasama berterusan para pelesen dalam memastikan pematuhan lesen perniagaan yang ditetapkan. Di samping itu, inisiatif ini turut bertujuan menggalakkan budaya pengurusan perniagaan yang lebih teratur, berdisiplin dan bertanggungjawab.
MPD berharap agar usaha ini dapat memperkukuh hubungan kerjasama antara pihak Majlis dan para pelesen, sekali gus menyokong pembangunan Dungun sebagai sebuah bandar yang mampan dan berdaya huni.

