MPD MENANG 3-2 DALAM PERLAWANAN PERSAHABATAN BOLA SEPAK DI HULU TERENGGANU
Perlawanan persahabatan antara Kelab Bola Sepak Majlis Perbandaran Dungun (MPD) dan Majlis Daerah Hulu Terengganu (MDHT) telah berlangsung dengan penuh semangat di Padang Bola MDHT. Turut hadir menyaksikan perlawanan tersebut ialah YBrs. Tn Haji Lukema Meri bin Salleh @ Abdul Latif, YDP MPD & YBrs. En Mohd Nasir bin Kasim, YDP MDHT.
Pasukan MPD berjaya mencatat kemenangan dengan keputusan 3-2 ke atas tuan rumah. Tahniah diucapkan kepada semua pemain atas persembahan cemerlang dan semangat kesukanan yang ditunjukkan!
Selain bersaing di padang, perlawanan ini turut menjadi platform mempererat ukhuwah dan kerjasama antara kedua-dua pihak berkuasa tempatan.
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
FACEBOOK: https://www.facebook.com/mpdungun?mibextid=ZbWKwL
Website: https://mpd.terengganu.gov.my/index.php/ms/
UNIT KORPORAT DAN PERHUBUNGAN AWAM.
#MPD #pbt #SayangiDungun#SeindahDungun
#MPDunggul #MPDBersukan #MDHT #PerlawananPersahabatan #KesihatanDanKecergasan