PROGRAM BACAAN YAASIN & SOLAT HAJAT

PROGRAM BACAAN YAASIN & SOLAT HAJAT BUAT ENCIK YUSMAN ASROL BIN YUSOF DAN KAKITANGAN YANG MENGALAMI MASALAH KESIHATAN

Majlis Perbandaran Dungun (MPD) telah mengadakan Program Bacaan Yaasin dan Solat Hajat pada Khamis, 7 Ogos 2025 bertempat di Bilik Mesyuarat dan Surau MPD.

Program ini diadakan sebagai satu usaha munajat dan doa agar Encik Yusman Asrol bin Yusof, kakitangan MPD, agar diberikan kesembuhan segera serta dipermudahkan segala urusan beliau. Sesi bacaan yaasin dan solat hajat diketuai sendiri oleh Yang Dipertua Majlis, Tuan Haji Lukema Meri bin Salleh @ Abdul Latif .

Untuk makluman, saudara Yusman kini berada dalam keadaan kritikal dan tidak sedarkan diri (koma) akibat pendarahan teruk dalam kepala

Seluruh warga kerja MPD menzahirkan doa yang tidak putus buat beliau, agar dikurniakan kesembuhan, dan kekuatan kepada beliau dan keluarga yang sedang melalui saat-saat yang amat mencabar ini.

Semoga usaha kecil ini menjadi asbab rahmat dan penyembuhan buat saudara Yusman. Sama-sama kita terus mendoakan.

(YA ALLAH, SEMBUHKANLAH DIA DENGAN KESEMBUHAN YANG TIADA SAKIT SELEPASNYA)

Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !

FACEBOOK: https://www.facebook.com/mpdungun?mibextid=ZbWKwL

Website: https://mpd.terengganu.gov.my/index.php/ms/

UNIT KORPORAT DAN PERHUBUNGAN AWAM.

#MajlisPerbandaranDungun

#MPD #pbt #SayangiDungun #SeindahDungun

#bandarmampan

 529212898 1210806314405382 5057809184798299078 n

Pin It
  • Site Last Modified : Sunday 17 August 2025.

visitors since 2016

01301833

DUNGUN MUNICIPAL COUNCIL
Jalan Yahaya Ahmad,
23000 Dungun, Terengganu.

T : 09-8481931
F : 09-8483210
E : mpdungun@terengganu.gov.my