PROGRAM GO GREEN MUSHTARI
Khamis, 20 November 2025
Majlis Perbandaran Dungun (MPD) berbesar hati kerana berpeluang untuk turut serta dalam Program Go Green Mushtari 2025 anjuran Mushtari Maintenance Services Sdn. Bhd. yang berlangsung di hadapan pejabat MMSSB, Taman Industri Paka. Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran komuniti mengenai amalan kitar semula, pengurusan e-waste serta pengumpulan minyak masak terpakai.
Program tersebut telah disempurnakan oleh Tuan Ashari bin Mohammad, Technical Director Mushtari Maintenance Services Sdn. Bhd. Turut hadir ialah wakil Jabatan Alam Sekitar (JAS) Terengganu, En. Mohd Asri bin Hussin, Penolong Pegawai Kawalan Alam Sekitar Kanan, Seksyen Kesedaran Alam Sekitar, Stor & Pengawasan; Pn. Maisarah binti Mohd Nor, Penolong Pegawai Kawalan Alam Sekitar; serta wakil MPD, Pn. Nurulrabiatul Adawiyyah binti Awang, Pegawai Kesihatan Persekitaran, Bahagian Kesihatan dan Kebersihan.
Pengisian program merangkumi pameran kesedaran alam sekitar oleh JAS, pameran kitar semula oleh MPD serta aktiviti pasar percuma pakaian untuk komuniti setempat. Program ini diharap dapat mengukuhkan kerjasama strategik antara agensi, industri dan komuniti.
MPD mengucapkan jutaan terima kasih atas jemputan untuk turut serta dalam program ini. Semoga perkongsian ilmu ini dapat mendorong usaha melestarikan alam sekitar demi manfaat generasi akan datang.
#https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=1301280732024606&id=100064280755985&rdid=6M9xqBeSsps5yJJ5

