PROGRAM KITAR SEMULA DENGAN KERJASAMA MAJLIS PERBANDARAN DUNGUN (MPD) BERSAMA SYARIKAT AWIE METAL SDN. BHD. DAN SALLY GLOBAL ENTERPRISE
TARIKH : 8 NOVEMBER 2025
Pada 8 November 2025 (Sabtu), satu Program Kitar Semula telah diadakan di Dataran Arena Merdeka, Dungun. Antara aktiviti yang dijalankan adalah kitar semula pelbagai (kertas, kotak, plastik dan lain-lain), E-Waste (barangan elektronik lama), serta minyak masak terpakai. Program ini merupakan Trash to Cash dimana penyumbang akan dibayar mengikut jenis barangan yang dihantar.
Program ini juga dilihat sebagai salah satu inisiatif yang sangat baik dalam menggalakkan budaya kitar semula dalam kalangan warga Dungun serta mampu mengurangkan sisa yang berakhir di tapak pelupusan. Program ini bukan sahaja membantu dalam aspek kelestarian alam sekitar malah memberi insentif ekonomi kepada individu dan komuniti setempat.
Hasil program ini telah berjaya mengutip 3,055.10 kilogram barangan kitar semula, 1026.5 kilogram minyak masak terpakai dan 404.50 kilogram barangan e-waste (elektronik). Semoga program ini bukan sahaja dapat meningkatkan kesedaran penduduk mengenai kepentingan amalan kitar semula, tetapi juga memastikan sisa yang boleh dikitar semula tidak dibuang di tong sampah awam milik MPD.
Terima kasih warga Dungun atas semangat hijau anda!
Teruskan menyokong usaha lestari untuk bumi yang lebih bersih!
#https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=1292295149589831&id=100064280755985&rdid=OpQbtkdm733Thka4

