SAMBUTAN HARI INTEGRITI MPD 2025
26 November 2025 | Dewan Utama Majlis Perbandaran Dungun
Majlis Perbandaran Dungun (MPD) telah menganjurkan Sambutan Hari Integriti MPD 2025 yang berlangsung di Dewan Utama MPD bersempena Bulan Integriti Nasional. Program ini turut disertai oleh lebih 200 warga kerja MPD daripada pelbagai jabatan dalaman MPD.
“Integriti Teras Kesejahteraan Negara” merupakan tema sambutan Bulan Integriti Nasional tahun 2025.
Majlis disempurnakan oleh:
YBhg. Tuan Haji Lukema Meri bin Salleh @ Abdul Latif
Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Dungun
Turut hadir memeriahkan majlis:
YBhg. Tuan Hazrul Shazreen bin Abd. Yazid,
Ketua Penolong Kanan Pesuruhjaya merangkap Pengarah SPRM Negeri Terengganu.
Majlis turut menyaksikan peluncuran dua dokumen penting MPD:
Polisi Antirasuah MPD 2025
Buku Kod Etika & Tatakelakuan MPD
Penganjuran ini bertujuan untuk:
- Memperkukuh kesedaran dan kefahaman mengenai kepentingan integriti dalam perkhidmatan awam.
- Menyemai budaya kerja berakauntabiliti, telus dan bebas rasuah.
- Meningkatkan kerjasama strategik antara MPD dan SPRM dalam usaha pencegahan rasuah.
- Mengukuhkan pelaksanaan dasar, prosedur dan garis panduan integriti dalaman MPD.
MPD komited untuk memastikan integriti terus menjadi asas dalam setiap proses kerja, sekaligus memperkukuh kecemerlangan tadbir urus organisasi.
#MPDDungun #IntegritiMPD #BulanIntegritiNasional2025 #SPRM #TadbirUrusBaik #Antirasuah #GoodGovernance #WargaMPD

