TAHNIAH DAN SYABAS MAJLIS PERBANDARAN DUNGUN DIATAS PENCAPAIAN STATUS BANDAR MAMPAN (MURNInet) TAHUN 2025
Majlis Perbandaran Dungun telah mendapat Pengiktirafan Status Bandar Mampan (MURNInets)Tahun 2025. Majlis Peyampaian Sijil Pencapaian Status Bandar Mampan tersebut telah di sempurna oleh YAB. Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar, Menteri Besar Terengganu kepada Tuan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Dungun, Tuan Haji Lukema Meri Bin Salleh @ Abdul Latif yang telah diadakan Di Wisma Darul Iman pada 27 November 2025. Semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Terengganu Mencapai Status Bandar Mampan (MURNInets) Tahun 2025. Jabatan juga mengambil kesempatan merakamkan ucapan tahniah dan Syabas kepada semua PBT diatas Pencapaian Bandar Mampan tersebut.
