TAHNIAH & SYABAS!
ANUGERAH TANDAS TERBAIK – ANUGERAH SERI IMAN 2025
18 Disember 2025 (Rabu) – Tandas Awam Rantau Abang milik Majlis Perbandaran Dungun (MPD) telah dinobatkan sebagai Tandas Terbaik dalam Anugerah Seri Iman 2025.
Pengiktirafan berprestij ini telah diberikan kepada 39 orang pemenang merangkumi 20 kategori utama yang dipertandingkan, melibatkan pelbagai sektor industri pelancongan di negeri Terengganu.
Majlis penyampaian anugerah tersebut telah disempurnakan penerimaannya oleh Yang Dipertua Majlis Perbandaran Dungun, Tuan Haji Lukema Meri bin Salleh @ Abdul Latif.
Pencapaian ini membuktikan komitmen berterusan MPD dalam memastikan kemudahan awam sentiasa berada pada tahap kebersihan, keselesaan dan kualiti yang terbaik, demi manfaat masyarakat setempat serta para pelancong ke daerah Dungun.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pihak yang terlibat, sama ada secara langsung atau tidak langsung, atas kejayaan yang amat membanggakan ini.

