Khamis
7 Ogos 2025
YDP MPD Terima Kunjungan Hormat Persatuan Petanque Daerah Dungun (PADU)
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Dungun, Tuan Haji Lukema Meri bin Salleh @ Abdul Latif, telah menerima kunjungan hormat daripada wakil Persatuan Petanque Daerah Dungun (PADU), bertempat di Pejabat YDP, Majlis Perbandaran Dungun.
Kunjungan ini bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim serta membincangkan potensi kerjasama strategik antara MPD dan PADU dalam memperkasakan sukan petanque di daerah Dungun.
Majlis Perbandaran Dungun menyokong sepenuhnya usaha yang memupuk perpaduan komuniti serta membudayakan gaya hidup sihat melalui aktiviti sukan dan rekreasi.
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE!
Website: https://mpd.terengganu.gov.my/index.php/ms/
UNIT KORPORAT DAN PERHUBUNGAN AWAM
#MPD #PBT #SayangiDungun #SeindahDungun
#BandarMampan #PADU #PetanqueDungun