Bagi memberikan perkhidmatan awam yang berkesan, Majlis Perbandaran Dungun telah menetapkan beberapa objektif selaras dengan fungsi dan peranannya sebagai Pihak Berkuasa Tempatan. Objektif-objektif tersebut adalah seperti berikut :
- 
Menjamin perancangan dan pembangunan fizikal, sosial dan mental warga tempatan bagi menjamin kesejahteraan penduduk 
- 
Memastikan tahap kesihatan setempat berkeadaan sempurna dan persekitaran yang bersih, indah dan selesa 
- 
Menentukan perancangan pembangunan selaras dengan Pelan Rancangan Struktur dan Pelan Perancangan Pembangunan Bandar Dungun 
- 
Menyediakan kemudahan infrastruktur asas yang meliputi seluruh kawasan Majlis 
- 
Mewujudkan pusat-pusat pertumbuhan ekonomi penduduk di kawasan yang berpotensi 
- 
Mewujudkan kawasan-kawasan riadah dan rekreasi bagi memenuhi keperluan warga Dungun 
- 
Memberi khidmat sokongan kepada kemajuan industri pembuatan, pelancongan, pendidikan dan lain-lain 
OBJEKTIF KUALITI JABATAN
Proses Utama
| JABATAN/BAHAGIAN/UNIT | OBJEKTIF KUALITI | SASARAN/TEMPOH | 
|---|---|---|
| Jabatan Perbendaharaan | Menguruskan Pembayaran bagi tuntutan kerja dan bekalan | 14 hari bekerja dari tarikh dokumen yang lengkap diterima sebagaimana Arahan Perbendaharaan 103 (a) | 
| Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta | Melaksanakan nilaian tahunan bagi cukai taksiran yang munasabah | bulan setelah borang F (Borang Perakuan Siap dan pematuhan) atau sijil layak menduduki diterima | 
| Memproses surat bantahan ke atas Nilaian Tahunan dan diputuskan | 2 bulan daripada tarikh bantahan diterima | |
| Mengeluarkan bil-bil cukai taksiran Pertama | Sebelum bulan Februari bagi setiap tahun | |
| Mengeluarkan bil-bil cukai taksiran Kedua | Sebelum bulan Ogos bagi setiap tahun | |
| Jabatan Kesihatan Awam dan Pelesenan (Bahagian Kesihatan dan Kebersihan) | Memungut sisa pepejal (Sampah) supaya sentiasa bersih | Setiap hari bagi kawasan awam dan kawasan perniagaan 3 kali seminggu bagi kawasan perumahan | 
| Jabatan Kesihatan Awam dan Pelesenan (Bahagian Pelesenan) | Memproses kelulusan lesen baru | 1 bulan | 
| Memproses permohonan pembaharuan lesen | 1 hari dengan syarat semua kehendak dan peraturan pelesenan dipatuhi oleh pemohon | |
| Jabatan Perancangan Pembangunan dan Landskap (Bahagian Perancangan Bandar) | Memproses permohonan kebenaran merancang | 57 hari selesai melalui Unit Pusat Setempat (OSC) | 
| Jabatan Perancangan Pembangunan dan Landskap (Bahagian Landskap) | Memastikan keceriaan dan keindahan Bandar sentiasa disenggara dan dalam keadaan baik | 1 bulan | 
| Jabatan Penguatkuasaan | Menjalankan operasi bagi haiwan merayau dengan mengurangkan ternakan berkeliaran dalam kawasan MPD | 1 kali dalam seminggu | 
| Jabatan Kawalan Bangunan | Memproses permohonan pelan bangunan | 37 hari selesai melalui Unit Pusat Setempat (OSC) | 
| Jabatan Kejuruteraan | Memproses permohonan pelan kejuruteraan | 57 hari selesai melalui Unit Pusat Setempat (OSC) | 
Proses Sokongan
| JABATAN/BAHAGIAN/UNIT | OBJEKTIF KUALITI | SASARAN/TEMPOH | 
|---|---|---|
| Jabatan Khidmat Pengurusan (Bahagian Pentadbiran) | Mengurus urusan surat menyurat dan urus setiap mesyuarat jabatan | Setiap hari | 
| Jabatan Khidmat Pengurusan (Bahagian Sumber Manusia) | Menyediakan latihan bagi mempertingkatkan kompetensi dan kemahiran kakitangan | 80 % kakitangan mendapat melebihi 8 hari latihan setiap tahun | 
| Pejabat Yang Dipertua (Bahagian Teknologi Maklumat) | Menyelesaikan setiap aduan kakitangan yang melibatkan perisian dan perkakasan komputer | Kerosakan perisian – 14 hari Kerosakan perkakasan – 14 hari bekerja | 
| Pejabat Yang Dipertua (Unit Korporat dan Perhubungan Awam) | Menerima aduan dan mengkaji kepuasan pelanggan | 14 hari bekerja bagi aduan yang tidak melibatkan sebarang peruntukan kewangan | 
 
 
				 
										 
										






