PIAGAM PELANGGAN
-
Setiap aduan yang diterima akan diselesaikan dalam tempoh 14 hari bekerja (bagi aduan yang tidak melibatkan sebarang peruntukan kewangan).
-
Memproses permohonan Kebenaran Merancang mengikut tempoh piagam yang telah ditetapkan oleh Jabatan Kerajaan Tempatan iaitu 57 hari selesai melalui Unit Pusat Setempat (OSC).
-
Memproses permohonan Pelan Bangunan mengikut tempoh piagam yang telah ditetapkan oleh Jabatan Kerajaan Tempatan iaitu 37 hari selesai melalui Unit Pusat Setempat (OSC).
-
Memproses permohonan Pelan Kejuruteraan mengikut tempoh piagam yang telah ditetapkan oleh Jabatan Kerajaan Tempatan iaitu 57 hari selesai melalui Unit Pusat Setempat (OSC).
-
Memastikan nilaian tahunan bagi Penilaian Cukai Taksiran dibuat pada kadar yang munasabah dalam tempoh dua (2) bulan setelah Perakuan Siap danPematuhan (Borang F) atau Sijil Layak Menduduki diterima.Bantahan ke atas Nilaian Tahunan tersebut akan diproses dan diputuskan dalam tempoh dua bulan daripada tarikh bantahan diterima.
-
Memastikan bil-bil cukai taksiran penggal pertama (Januari - Jun) akan dikeluarkan sebelum bulan Februari dan bil-bil cukai taksiran penggal kedua (Julai – Disember) dikeluarkan sebelum bulan Ogos bagi setiap tahun.
-
Pembayaran bagi tuntutan kerja dan bekalan akan dibayar selewat-lewatnya dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh dokumen yang lengkap diterima sebagaimana Arahan Perbendaharaan 103 (a).
-
Memastikan pungutan sisa pepejal (sampah) dilaksanakan setiap hari bagi kawasan awam dan kawasan perniagaan dan 3 kali seminggu bagi kawasan perumahan.
-
Memastikan permohonan kelulusan lesen baru diproses dalam tempoh 1 bulan dan permohonan pembaharuan lesen diproses dalam tempoh 1 hari (dengan syarat semua kehendak dan peraturan pelesenan dipatuhi oleh pemohon).
-
Memastikan keceriaan dan keindahan bandar sentiasa dalam keadaan baik dan diselenggara sekali dalam tempoh 1 bulan.
-
Operasi haiwan merayau bagi mengurangkan ternakan berkeliaran dalam kawasan operasi Majlis Perbandaran Dungun akan dijalankan sebanyak 1 kali dalam seminggu.
-
Merangka dan melaksanakan Program Local Agenda 21 di bawah Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan sekali dalam tempoh setahun.
BIL | JABATAN/BAHAGIAN/UNIT | FUNGSI |
---|---|---|
1 | PEJABAT YANG DIPERTUA - Unit Undang-Undang |
|
- Unit Korporat dan Perhubungan Awam |
|
|
- Unit Pusat Sehenti |
|
|
- Unit Audit Dalam |
|
|
2 | JABATAN KHIDMAT PENGURUSAN -Bahagian Sumber Manusia |
|
- Bahagian Pentadbiran dan Keurusetiaan |
|
|
- Bahagian Teknologi Maklumat |
|
|
3 | JABATAN PERBENDAHARAAN - Bahagian Perakaunan dan Hasil |
|
- Bahagian Belanjawan |
|
|
- Bahagian Tempat Letak Kereta |
|
|
4 | JABATAN KEJURUTERAAN |
|
5 | JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN LANDSKAP - Bahagian Perancangan Bandar |
|
- Bahagian Landskap dan Taman Rekreasi |
|
|
6 | JABATAN KESIHATAN AWAM DAN PELESENAN - Bahagian Kesihatan dan Kebersihan |
|
- Bahagian Pelesenan |
|
|
7 | JABATAN PENILAIAN DAN PENGURUSAN HARTA - Bahagian Penilaian |
|
- Bahagian Pengurusan Harta |
|
|
8 | JABATAN PENGUATKUASAAN |
|
9 | JABATAN KAWALAN BANGUNAN |
|
10 | JABATAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT |
|
Pelanggan Organisasi
MPD telah mengenalpasti pelanggan-pelanggan dalam pelaksanaan sistem pengurusan kualitinya antaranya :
a) 'Stakeholders'
- Yang Dipertua Majlis Perbandaran Dungun
- Ahli-ahli Majlis Perbandaran Dungun
- Kerajaan Negeri Terengganu
- Kerajaan Persekutuan