Cukai Taksiran

INFO CUKAI TAKSIRAN MAJLIS PERBANDARAN DUNGUN

RUMAH KEDIAMAN MILIK INDIVIDU DIKECUALIKAN DARIPADA BAYARAN CUKAI TAKSIRAN DAN PENGECUALIAN INI TERTAKLUK KEPADA DASAR KERAJAAN NEGERI

BAYARAN CUKAI PINTU  : 
Sila jelaskan cukai pintu sebelum 28 Februari untuk
penggal pertama dan 31 Ogos untuk penggal kedua setiap
tahun. Elakkan dikenakan denda / fee lewat bayar.

UNTUK SEMAKAN DAN PEMBAYARAN SECARA ATAS TALIAN :  https://pbtpay.kpkt.gov.my/

LAIN-LAIN CARA BAYARAN : Klik Disini : Saluran dan Cara-cara Bayaran Cukai Taksiran di MPD

BELUM MENERIMA BIL
Tidak menerima bil bukan alasan untuk anda tidak
membayar cukai pintu. Sila datang ke Jabatan Penilaian
dan Pengurusan Harta, Majlis Perbandaran Dungun untuk
mendapatkan Salinan bil atau membuat semakan melalui
panggilan telefon 09-8481932 (Bahagian Penilaian). Atau
emel ke Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. untuk dapatkan bil. 

Untuk semakan cukai taksiran dan pembayaran secara atas talian, boleh rujuk di portal: https://pbtpay.kpkt.gov.my/

BARANG PENYEWA DISITA
Kegagalan membayar cukai oleh pemilik harta akan
mengakibatkan sitaan barangan / harta milik penduduk
premis pegangan berkenaan.


BAYARAN SECARA ANSURAN
Bagi harta yang mempunyai tunggakan cukai pintu, sila
datang ke Majlis Perbandaran Dungun untuk membuat
permohonan bayaran secara ansuran atau ‘post-dated
cheque’.


BANGUNAN SUDAH ROBOH
Sila maklumkan kepada Majlis mengenai bangunan telah
roboh atau terbakar untuk menamatkan akaun cukai pintu
dan menggelakkan akaun berkenaan terus dikenakan
cukai.


PENUKARAN NAMA PEMILIK BANGUNAN
Pemilik wajib membuat penukaran nama pemilik bangunan
di Majlis dalam tempoh 3 bulan (Seksyen 160) selepas
membeli atau pindahmilik hartanah berkenaan (Kegagalan
anda boleh didenda tidak lebih RM2,000 atau penjara tidak
lebih 6 bulan atau kedua-duanya)

SEMAK CUKAI TAKSIRAN HARTANAH YANG INGIN
DIBELI


Pastikan anda menyemak cukai pintu hartanah yang anda
ingin beli terlebih dahulu di Majlis. Elakkan anda dibebani
tunggakan cukai pintu oleh pemilik lama.


KEMASKINI ALAMAT SURAT MENYURAT
Sila kemaskini alamat surat menyurat anda di Majlis
Perbandaran Dungun bagi memastikan bil sampai kepada
pemilik.

BAYARAN SETAHUN SEKALIGUS (PENGGAL 1 & 2)
Pemilik adalah digalakkan membuat bayaran cukai pintu
bagi tempoh setahun (Penggal 1 & 2) bagi memudahkan
urusan pembayaran cukai pintu bagi tahun berkenaan.

  • Kemaskini Pada : Khamis 18 April 2024, 01:41:57.

pelawat sejak 2016

01150954

MAJLIS PERBANDARAN DUNGUN
Jalan Yahaya Ahmad,
23000 Dungun, Terengganu.

T : 09-8481931
F : 09-8483210
E : mpdungun@terengganu.gov.my

Majlis Perbandaran Dungun

MyGov Portal
TERENGGANU PAY

privasi

/*SENARAI PASAR MALAM DI DAERAH DUNGUN