Soalan Lazim

1. Apakah Itu Cukai Taksiran Am/ Cukai Bandar?

Cukai Taksiran Am/cukai bandar ialah cukai yang dikenakan ke atas pegangan berkadar. Mengikut seksyen 127 Akta Kerajaan Tempatan. Kadar cukai taksiran dikira berasaskan nilaian tahunan sesebuah pegangan itu. Nilaian tahunan diertikan sebagai anggaran kasar sewa tahunan yang munasabah dijangka akan diperolehi dari setahun kesetahun dari pegangan yang berkenaan jika disewakan seperti:- Rumah kediaman, Bangunan Perniagaan & Perusahaan(kedai, Kilang, Hotel dsb) Tanah Kosong yang terletak di dalam kawasan MPD.

2. Bagaimanakah ianya Dibayar?

Cukai Taksiran Am dibayar 2 kali setahun iaitu: ½ tahun pertama – 1hb. Januari hingga 28 hb. Februari. ½ tahun kedua – 1 hb. Jun hingga 31 hb Ogos bagi tiap-tiap tahun.

3. Apakah Yang Akan Terjadi Kepada Anda Jika Tidak Menjelaskan Cukai Dalam Tempoh Tersebut?

Mengikut Akta 171, anda dikenakan tindakan-tindakan seperti berikut: Notis (borang E) akan dikeluarkan kepada anda . Anda dikehendaki menjelaskan dalam masa 15 hari daripada tarikh notis. Denda sebanyak 1% daripada baki tunggakan akan dikenakan kepada anda – mengikut seksyen 147(1). Denda minima ialah RM2.00. Jika masih gagal, waran tahanan akan dikeluarkan kepada anda. Waran ini membolehkan MPD merampas barang-barang yang ada di dalam bangunan atau menutup bangunan daripada menjalankan perasinya, melelong bangunan/tanah melalui Pendaftar Mahkamah Tinggi mengikut Seksyen 151. Bayaran waran sebanyak 5% (bagi tunggakan RM100.00 atau lebih akan dikenakan.

4. Bagaimanakah Untuk Elakkan Denda Atau Tindakan Mahkamah?

Bayar segera sebelum 28hb. Feb/-31hb. Ogos pada tiap-tiap tahun.

5. Apa Yang Perlu Anda Lakukan Jika Bil-Bil Tidak Diterima?

Datang sendiri ke Pejabat MPD untuk mendapatkan bil-bil tuan-tuan/puan-puan. Jangan lupa bawa maklumat-maklumat seperti berikut No. Lot/No. Rumah dan kedudukan harta.

6. Jika Anda Hanya Seorang Penyewa Rumah/Bangunan Tersebut. Apa Harus Anda Lakukan?

Anda boleh mengemukakan bil-bil ini kepada pemilik untuk bayaran segera. Jika pemilik gagal untuk menjelaskan cukai tersebut harta anda didalam bangunan itu akan dirampas atau disita , oleh itu anda boleh melindunginya dengan membayar sewanya kepada MPD sehingga tunggakan dijelaskan. Peruntukan Akta 171 Kerajaan Tempatan.

7. Apakah Yang Harus Anda Lakukan Apabila Anda Ingin Membeli Sebuah Rumah/Tanah Kosong?

Semak dulu dengan MPD untuk nama yang didaftar dan tunggakan yang masih ada bagi rumah/tanah tersebut untuk mengelakkan anda menyesal dikemudian hari. Seksyen 146, Akta 171 menegaskan bahawa semua kadar (tunggakan) adalah menjadikan tanggungjawab pemilik pada masa itu untuk menjelaskannya. Anda dinasihatkan supaya menyemak dahulu perkara ini dengan peguam atau agen pengurusan yang menguruskan tunggakan telah dijelaskan oleh pemilik sebelumnya

8. Jika Anda Telah Menukar Milik/Menjual/Mewariskan Rumah/Harta, Apa Perlu Anda Buat?

Beritahu kepada MPD dengan mengisikan Borang-borang dan lain yang berkenaan dalam tempoh 3 bulan selepas pindahmilik dilakukan. Jika gagal Pihak MPD boleh mengambil tindakan mengikut Seksyen 160(6) Akta 171 yang menyatakan tiap-tiap orang yang tidak memberi sesuatu notis boleh, apabila disabitkan,dikenakan denda tidak lebih daripada RM 2000 atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada 6 bulan atau denda dan penjara kedua-duanya.

9. Jika Rumah Anda Diruntuhkan Apa Perlu Anda Buat ?

Anda juga perlu memberitahu MPD jika bangunan tersebut telah diruntuhkan, diubahkan ketapak lain,dimusnahkan oleh kebakaran, angin ribut dan banjir.

10.  Jika Anda Tidak Mampu Bagaimana Untuk Menjelaskan Cukai?

MPD akan menimbangkan untuk bayaran dibuat secara ansuran. Untuk itu anda dinasihatkan untuk datang Ke Pejabat MPD untuk membincangkan perkara ini dengan Pegawai-Pegawai yang berkenan. Pihak MPD juga bersedia untuk menyelesaikan lain-lain masalah anda mengenai Cukai Taksiran Am.

11. Apakah Kaitan Cukai Pintu Dengan Urusan Lain?

Urusan lain akan tergendala tanpa cukai pintu, pendaftaran melalui Perintah Mahkamah dan Pesaka,tuntutan insuran, pembaikian bangunan dan lain-lain urusan berkaitan dengan bangunan berkenaan. Sebarang masalah boleh dikemukakan di Pejabat MPD

  • Kemaskini Pada : Selasa 26 Mac 2024, 07:21:59.

pelawat sejak 2016

01150350

MAJLIS PERBANDARAN DUNGUN
Jalan Yahaya Ahmad,
23000 Dungun, Terengganu.

T : 09-8481931
F : 09-8483210
E : mpdungun@terengganu.gov.my

Majlis Perbandaran Dungun

MyGov Portal
TERENGGANU PAY

privasi

/*SENARAI PASAR MALAM DI DAERAH DUNGUN