FUN RUN & RIDE FOR WAQF 2025 “Berpeluh di Dunia, Berbekal di Akhirat”
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Dungun (MPD) bersama 30 orang kakitangan turut menyertai program Mental Health Fun Run & Ride For Waqf 2025 yang berlangsung meriah di perkarangan Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu.
Program ini merupakan anjuran Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu dengan kerjasama AKRAB SUK Terengganu dan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM).
MPD antara agensi dengan penyertaan paling ramai pada edisi kali ini
Selain memupuk gaya hidup sihat, program ini turut menyokong inisiatif wakaf apabila 100 peratus yuran penyertaan disalurkan kepada MAIDAM.
#MPD #FunRunAndRideForWaqf2025 #BerpeluhDiDuniaBerbekalDiAkhirat #Waqf #MAIDAM #SUKTerengganu #AkrabSUK #GayaHidupSihat #Dungun