KUNJUNGAN HORMAT MPD KE JABATAN PELANCONGAN NEGERI TERENGGANU

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Dungun (MPD), Tuan Haji Lukema Meri bin Salleh @ Abdul Latif telah mengadakan Kunjungan Hormat ke atas Yang Berusaha Encik Hilman bin Hajijan, Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu. Kunjungan ini diadakan susulan kejayaan MPD memenangi Anugerah Tandas Terbaik sempena Anugerah Seri Iman 2025.

Kunjungan hormat ini juga bertujuan untuk memperkukuh jalinan kerjasama dan persefahaman antara kedua-dua agensi. Selain mengeratkan hubungan sedia ada, perbincangan turut memfokuskan kepada cadangan pelaksanaan aktiviti-aktiviti bersama yang berpotensi memperkasa peranan agensi melalui pendekatan pelancongan, seni dan budaya, khususnya dalam menyokong pembangunan sektor pelancongan negeri Terengganu khususnya daerah Dungun.

603857617 1327333666085979 1312588998668080372 n

Pin It
  • Kemaskini Pada : Khamis 08 Januari 2026, 02:06:32.

pelawat sejak 2016

01326958

MAJLIS PERBANDARAN DUNGUN
Jalan Yahaya Ahmad,
23000 Dungun, Terengganu.

T : 09-8481931
F : 09-8483210
E : mpdungun@terengganu.gov.my

Portal rasmi Majlis Perbandaran Dungun

TERENGGANU PAY

privasi