KUNJUNGAN HORMAT SETIAUSAHA KERAJAAN TERENGGANU KE MPD
Pada 6 Ogos 2026, Yang Berhormat Dato' Haji Mohd Azmi Bin Mohamad Daham, Setiausaha Kerajaan Terengganu bersama rombongan konvoi motosikal telah singgah di Dungun sebagai sebahagian daripada perjalanan menuju ke Zoo Kemaman. Persinggahan tersebut menjadi ruang untuk Yang Berhormat Dato' Haji Mohd Azmi Bin Mohamad Daham, Setiausaha Kerajaan Terengganu bertemu dan beramah mesra dengan para peserta konvoi serta komuniti setempat dalam suasana yang santai dan mesra.
Usai persinggahan di Dungun, rombongan konvoi kemudiannya meneruskan perjalanan ke Zoo Kemaman bagi meneruskan pengisian program yang telah disusun.








