LAWATAN PENANDA ARAS MAJLIS PERBANDARAN PENGERANG (MPP) KE TAMAN KUCING DUNGUN, BUKIT BAUK

LAWATAN PENANDA ARAS MAJLIS PERBANDARAN PENGERANG (MPP) KE TAMAN KUCING DUNGUN, BUKIT BAUK
26 Oktober 2026 (Isnin)
Majlis Perbandaran Dungun (MPD) berbesar hati menerima kunjungan delegasi daripada Majlis Perbandaran Pengerang (MPP) bagi mengadakan Lawatan Penanda Aras ke Taman Kucing Dungun, Bukit Bauk.
Delegasi yang diketuai oleh Encik Zairul Adilla bin Haji Zain, Setiausaha Majlis Perbandaran Pengerang, bersama 26 orang anggota daripada pelbagai jabatan telah disambut dalam suasana mesra dan penuh bermakna.
Lawatan ini menjadi platform perkongsian ilmu, pengalaman dan amalan terbaik berkaitan pengurusan Taman Kucing Dungun, khususnya dalam aspek penjagaan, pemeliharaan serta kebajikan kucing terbiar.
MPD berharap agar perkongsian ini dapat memperkukuh hubungan kerjasama strategik antara kedua-dua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), di samping membuka ruang kepada pertukaran idea dan penambahbaikan berterusan ke arah pengurusan kebajikan haiwan yang lebih sistematik, mampan dan berkesan.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada delegasi Majlis Perbandaran Pengerang atas kesudian mengadakan lawatan ini. Penghargaan turut diberikan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.
Pin It
  • Kemaskini Pada : Khamis 29 Oktober 2026, 02:32:55.

pelawat sejak 2016

01449981

MAJLIS PERBANDARAN DUNGUN
Jalan Yahaya Ahmad,
23000 Dungun, Terengganu.

T : 09-8481931
F : 09-8483210
E : mpdungun@terengganu.gov.my

Portal rasmi Majlis Perbandaran Dungun

TERENGGANU PAY

privasi