MAJLIS ANGKAT SUMPAH DAN PENYAMPAIAN WATIKAH PELANTIKAN AHLI MAJLIS PERBANDARAN DUNGUN BAGI SESI 2026–2028

MAJLIS ANGKAT SUMPAH DAN PENYAMPAIAN WATIKAH PELANTIKAN AHLI MAJLIS PERBANDARAN DUNGUN BAGI SESI 2026–2028

4 Jun 2026 (Khamis) – Seramai 19 Ahli Majlis Perbandaran Dungun telah mengangkat sumpah dan menerima watikah pelantikan bagi Sesi 2026–2028 dalam satu majlis rasmi yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Majlis Perbandaran Dungun.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh YB Dr. Tengku Muhammad Fakhruddin bin Tengku Md Fauzi, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, serta YB Tuan Haji Ghazali bin Sulaiman, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Besi.

Pelantikan Ahli Majlis bagi sesi baharu ini mencerminkan komitmen berterusan Majlis Perbandaran Dungun dalam memperkukuh tadbir urus kerajaan tempatan dan meningkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat. Ahli Majlis yang dilantik akan memainkan peranan penting sebagai penghubung antara pihak berkuasa tempatan dan komuniti dalam menyokong agenda pembangunan daerah.

Majlis Perbandaran Dungun merakamkan ucapan tahniah kepada semua Ahli Majlis yang dilantik dan berharap amanah yang diberikan dapat dilaksanakan dengan penuh integriti, profesionalisme serta komitmen demi kemajuan dan kesejahteraan daerah Dungun.

716574358 1464034629082548 271931832768789094 n

Pin It
  • Kemaskini Pada : Isnin 08 Jun 2026, 02:52:47.

pelawat sejak 2016

01377535

MAJLIS PERBANDARAN DUNGUN
Jalan Yahaya Ahmad,
23000 Dungun, Terengganu.

T : 09-8481931
F : 09-8483210
E : mpdungun@terengganu.gov.my

Portal rasmi Majlis Perbandaran Dungun

TERENGGANU PAY

privasi