MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH CEMERLANG DAN KIBARAN JALUR GEMILANG

24 Ogos 2026 | Majlis Perbandaran Dungun Majlis Perbandaran Dungun (MPD) telah mengadakan Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bulanan sebagai penghargaan kepada warga kerja yang menunjukkan prestasi, komitmen dan kecemerlangan dalam melaksanakan tugas. Majlis turut menyaksikan penyampaian anugerah kepada pesara sebagai tanda penghargaan atas segala jasa, khidmat bakti dan sumbangan mereka sepanjang berkhidmat bersama MPD. Turut berlangsung Kibaran Jalur Gemilang MPD bagi menyemarakkan semangat patriotisme sempena sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026. Semoga penghargaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga MPD untuk terus memberikan perkhidmatan yang terbaik, berintegriti dan berkualiti kepada masyarakat.
Pin It
  • Kemaskini Pada : Ahad 06 September 2026, 02:08:46.

pelawat sejak 2016

01404177

MAJLIS PERBANDARAN DUNGUN
Jalan Yahaya Ahmad,
23000 Dungun, Terengganu.

T : 09-8481931
F : 09-8483210
E : mpdungun@terengganu.gov.my

Portal rasmi Majlis Perbandaran Dungun

TERENGGANU PAY

privasi