MAJLIS PENYERAHAN BENDERA KONTINJEN NEGERI TERENGGANU KE PARA SUKMA TERENGGANU 2026

MAJLIS PENYERAHAN BENDERA KONTINJEN NEGERI TERENGGANU KE PARA SUKMA TERENGGANU 2026
1 September 2026 | 19 Rabiulawal 1448H | Selasa📍 Dewan Besar, Ar Riyadah Residence MSNT, Terengganu
Yang Dipertua (YDP) telah menghadiri Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen Negeri Terengganu ke Para SUKMA Terengganu 2026 yang disempurnakan oleh YB Haji Hishamuddin bin Abd. Karim, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri Terengganu.
Pada majlis tersebut, YDP turut menerima Watikah Pelantikan sebagai Keluarga Angkat Sukan Memanah Para bagi Kontinjen Negeri Terengganu.
Pelantikan ini menjadi satu amanah untuk memberikan sokongan moral, dorongan dan suntikan semangat kepada atlet memanah para negeri Terengganu dalam menghadapi temasya Para SUKMA Terengganu 2026.
Semoga para atlet dapat mempamerkan semangat juang yang tinggi, mencapai kejayaan cemerlang serta mengharumkan nama negeri Terengganu.
Selamat berjuang, Kontinjen Negeri Terengganu!�Terengganu Hanelang! 
 
Pin It
  • Kemaskini Pada : Isnin 12 Oktober 2026, 01:49:13.

pelawat sejak 2016

01442847

MAJLIS PERBANDARAN DUNGUN
Jalan Yahaya Ahmad,
23000 Dungun, Terengganu.

T : 09-8481931
F : 09-8483210
E : mpdungun@terengganu.gov.my

Portal rasmi Majlis Perbandaran Dungun

TERENGGANU PAY

privasi