Majlis Penyerahan Sijil Penghargaan kepada Ahli Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat telah berlangsung pada 15.12.2025. Penyerahan sijil ini adalah sebagai tanda penghargaan atas sumbangan dan komitmen yang diberikan sepanjang tahun 2025 telah disempurnakan oleh Tuan Haji Lukema Meri bin Salleh @ Abdul Latif, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Dungun. Beliau turut menyampaikan sijil penghargaan sijil penghargaan bagi kedatangan penuh mesyuarat dan sijil penghargaan kepada agensi yang mengemukakan ulasan dalam tempoh piagam.









