Terima Kasih Tuan Setiausaha
Satu lembaran indah dilabuhkan…
Warga Majlis Perbandaran Dungun hari ini menzahirkan penghargaan buat Yang Berusaha Encik Mohd Sabri bin Abas sempena pertukaran beliau ke Majlis Bandaraya Kuala Terengganu yang akan berkuat kuasa pada 19 April 2026.
Bukan sekadar seorang ketua, tetapi seorang pemimpin yang banyak mencorakkan perjalanan MPD dengan idea, komitmen dan semangat yang luar biasa. Banyak kenangan, pengalaman dan ilmu yang ditinggalkan untuk kami teruskan.
Pemergian ini bukan kehilangan… tetapi satu langkah baharu menuju kejayaan yang lebih besar.
Terima kasih atas segala jasa dan bakti. Semoga terus cemerlang di tempat baharu.
“Jasa dikenang, kenangan terpahat selamanya.”
#TerimaKasihTuanSetiausaha #MPD #SelamatMajuJaya #KenanganTerindah









