
Majlis Sanjungan Budi “Segunung Budi, Sejuta Kenangan”
Majlis ini telah berlangsung dengan penuh penghargaan dan suasana yang menyentuh hati sebagai tanda terima kasih atas segala jasa dan bakti Tuan Yang Dipertua sepanjang tempoh perkhidmatan beliau.
Pelbagai pengisian menarik telah diadakan termasuk ucapan, tayangan montaj kenangan, penyampaian cenderamata serta sesi pemotongan kek yang penuh bermakna.
Semoga segala sumbangan dan kepimpinan beliau akan terus dikenang dan menjadi inspirasi kepada seluruh warga kerja.
Segunung budi, sejuta kenangan — terpahat selamanya.









