
Jumaat (20 Mac 2026)
Menjelang sambutan Aidilfitri 1447H, para petugas kebersihan telah menunjukkan komitmen tinggi dalam memastikan kawasan Dungun sentiasa bersih dan terurus.
Pada malam raya (20 Mac 2026), Majlis Perbandaran Dungun (MPD) bersama kontraktor kebersihan telah melaksanakan operasi pembersihan secara menyeluruh di seluruh kawasan sehingga jam 7.00 pagi.
Dedikasi dan usaha gigih ini membantu mewujudkan suasana yang bersih, indah dan selesa untuk masyarakat menyambut Aidilfitri dengan penuh kegembiraan.
Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada semua hero kebersihan atas jasa dan pengorbanan yang tidak ternilai. Semoga segala usaha ini dirahmati dan dibalas dengan kebaikan yang berpanjangan.
#KebersihanTanggungjawabBersama









