OPERASI GEMPUR MALAM RAYA

Dungun, 26 Mei 2026 (Selasa)

Sempena sambutan Hari Raya Aidiladha 1447H, Operasi Gempur Malam Raya telah dilaksanakan bagi memastikan persekitaran daerah Dungun sentiasa berada dalam keadaan bersih, teratur dan selesa untuk dinikmati oleh seluruh masyarakat.

Di saat masyarakat sibuk membuat persiapan terakhir menyambut Aidiladha bersama keluarga, para petugas kebersihan terus komited menjalankan tugas dan amanah demi memastikan persekitaran sentiasa bersih serta kondusif.

Majlis Perbandaran Dungun (MPD) bersama-sama kontraktor Perkhidmatan Kutipan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam telah menggerakkan kerja-kerja kutipan sisa pepejal dan pembersihan secara menyeluruh sehingga jam 5.00 pagi.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada semua petugas dan hero kebersihan atas dedikasi, komitmen serta pengorbanan yang dicurahkan. Jasa anda amat dihargai dan menjadi tunjang kepada kesejahteraan komuniti.

Semoga segala usaha murni ini diberkati dan dibalas dengan ganjaran yang berlipat kali ganda.

#DungunBandarMampan

#DungunBandarBahagia

#DungunBandarPrihatin

#SayangiDungun

#TMBS

#Id2025

#SampahSayaTanggungjawabSaya

#KebersihanTanggungjawabBersama

708103062 1455735769912434 4245667586852451951 n

Pin It
  • Kemaskini Pada : Isnin 08 Jun 2026, 02:52:47.

pelawat sejak 2016

01377535

MAJLIS PERBANDARAN DUNGUN
Jalan Yahaya Ahmad,
23000 Dungun, Terengganu.

T : 09-8481931
F : 09-8483210
E : mpdungun@terengganu.gov.my

Portal rasmi Majlis Perbandaran Dungun

TERENGGANU PAY

privasi