PENGAUDITAN PENGURUSAN PROGRAM BAIK PULIH RUMAH (PBPR) DAN PROGRAM BINA BAHARU RUMAH (PBBR)

PENGAUDITAN PENGURUSAN PROGRAM BAIK PULIH RUMAH (PBPR) DAN PROGRAM BINA BAHARU RUMAH (PBBR)
7 Oktober 2026
Majlis Perbandaran Dungun (MPD) telah menerima kunjungan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), khususnya Unit Audit Dalam KPKT, bagi melaksanakan pengauditan terhadap pengurusan Program Baik Pulih Rumah (PBPR) dan Program Bina Baharu Rumah (PBBR).
Pengauditan ini bertujuan memastikan pengurusan dan pelaksanaan program dilaksanakan secara teratur, telus, berintegriti serta mematuhi ketetapan dan garis panduan yang telah ditetapkan.
MPD merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak KPKT dan Unit Audit Dalam KPKT atas kerjasama serta komitmen dalam memperkukuh tadbir urus dan memastikan pelaksanaan program dapat dilaksanakan dengan berkesan demi kesejahteraan masyarakat.
📲 JANGAN LUPA LIKE, FOLLOW & SHARE!
Ikuti perkembangan terkini Majlis Perbandaran Dungun (MPD) melalui platform rasmi kami:
 
Pin It
  • Kemaskini Pada : Ahad 18 Oktober 2026, 03:41:44.

pelawat sejak 2016

01445652

MAJLIS PERBANDARAN DUNGUN
Jalan Yahaya Ahmad,
23000 Dungun, Terengganu.

T : 09-8481931
F : 09-8483210
E : mpdungun@terengganu.gov.my

Portal rasmi Majlis Perbandaran Dungun

TERENGGANU PAY

privasi