PENYAMPAIAN APC KAKITANGAN MPD

Majlis Perbandaran Dungun telah mengadakan Majlis Ucaptama Yang Dipertua dan Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2026 di Dewan Ibnu Khaldun.

Seramai 24 orang warga kerja MPD telah menerima APC sebagai penghargaan atas komitmen dan prestasi kerja cemerlang sepanjang tahun perkhidmatan.

Majlis turut menyaksikan pelancaran Dungun Digital dan i-Staff MPD sebagai inisiatif memperkukuhkan transformasi digital organisasi dan meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan.

Turut diraikan dalam majlis ini ialah persaraan Encik Ayob bin Ali dari Unit Pengurusan Pasar, Bahagian Pelesenan atas jasa dan khidmat bakti beliau kepada MPD.

Tahniah kepada semua penerima APC dan selamat bersara diucapkan kepada Encik Ayob bin Ali.

#MajlisPerbandaranDungun

#APCMPD2026

#DungunDigital

#iStaffMPD

702625476 1448425460643465 2941844249528331474 n

Pin It
  • Kemaskini Pada : Selasa 19 Mei 2026, 03:10:54.

pelawat sejak 2016

01373441

MAJLIS PERBANDARAN DUNGUN
Jalan Yahaya Ahmad,
23000 Dungun, Terengganu.

T : 09-8481931
F : 09-8483210
E : mpdungun@terengganu.gov.my

Portal rasmi Majlis Perbandaran Dungun

TERENGGANU PAY

privasi