PENYAMPAIN HADIAH PERTANDINGAN MOREH TERBERSIH & BERDAYA TARIK 2026

657365356 1401584808660864 1626548686323325482 n

Selasa, 24 Mac 2026, telah diadakan upacara Penyampaian Hadiah Pertandingan Moreh Terbersih & Berdaya Tarik 2026 di Dungun sebagai penghargaan kepada para penganjur moreh atas usaha mereka mengekalkan kebersihan, keceriaan, pematuhan kawalan tanda harga dan keselamatan makanan. Hadiah berupa wang tunai dan sijil penghargaan telah disampaikan kepada para pemenang sebagai pengiktirafan terhadap komitmen dan dedikasi penganjur.

Panel penilai terdiri daripada Bahagian Pelesenan MPD, wakil Pejabat Kesihatan Daerah Dungun (PKDD) serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), melibatkan empat (4) lokasi penyertaan yang telah diluluskan oleh MPD.

Hadiah disampaikan oleh Tuan Setiausaha MPD , Encik Sabri Bin Abas.Tahniah diucapkan kepada para pemenang:

🥇 Johan: Rhu Berderu – RM500, dengan markah 90.63%

🥈 Naib Johan: Kampung Moreh Paka – RM300, dengan markah 88%

🥉 Tempat Ketiga: Padang Astaka – RM200, dengan markah 84.56%

🏅 Tempat Keempat: Rumah 104 – Hamper saguhati, dengan markah 83.90%

Semoga inisiatif ini dapat terus memupuk amalan kebersihan dan penganjuran moreh yang lebih teratur, selamat dan menarik di masa hadapan.

Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !

FACEBOOK: mpdungun

Website: Majlis Perbandaran Dungun

Bahagian Pelesenan, Jabatan Kesihatan Awam Dan Pelesenan

#DungunBandarMampan

#DungunBandarBahagia

#DungunBandarPrihatin

#TMBS

#SayangiDungun

#Id2025

657562534 1401584821994196 6106679354262521724 n

Pin It
  • Kemaskini Pada : Ahad 29 Mac 2026, 01:49:50.

pelawat sejak 2016

01356863

MAJLIS PERBANDARAN DUNGUN
Jalan Yahaya Ahmad,
23000 Dungun, Terengganu.

T : 09-8481931
F : 09-8483210
E : mpdungun@terengganu.gov.my

Portal rasmi Majlis Perbandaran Dungun

TERENGGANU PAY

privasi