LANGKAH SERENTAK, SEMANGAT MEMBARA, KEJAYAAN TERCIPTA! Tahniah kepada Kontinjen Kawad Kaki Majlis Perbandaran Dungun yang berjaya meraih tempat ketiga dalam Pertandingan Perbarisan dan Perarakan sempena Sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 Peringkat Negeri Terengganu Darul Iman bagi Kategori Badan Berkanun Tidak Beruniform. Yang Dipertua MPD, YBrs. Encik Mohd Nasir bin Kasim, turut menerima tabik hormat daripada kontinjen perbarisan MPD dalam acara yang berlangsung pada 31 Ogos 2026. Kejayaan ini mencerminkan disiplin, kesungguhan, kerjasama dan semangat berpasukan yang tinggi dalam kalangan seluruh anggota kontinjen. Setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak pengurusan, urus setia, jurulatih dan semua pihak yang telah bekerja keras serta memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada kontinjen MPD. Tahniah dan syabas, kontinjen MPD! Anda kebanggaan kami! MERDEKA!�MERDEKA!�MERDEKA! 🇲🇾 MPD TERUS MELANGKAH, TERUS CEMERLANG! 💪








