PESANAN KESIHATAN DARIPADA PEJABAT KESIHATAN DAERAH DUNGUN (JEREBU)

Assalamualaikum dan salam sejahtera
📢 PESANAN KESIHATAN DARIPADA PEJABAT KESIHATAN DAERAH DUNGUN
⚠ JEREBU
Jerebu adalah satu keadaan pencemaran udara yang boleh memberi kesan kesihatan kepada individu sekiranya terdedah secara berterusan dalam tempoh yang lama.
📈 Panduan Indeks Pencemaran Udara (IPU)
Nilai IPU, kod warna dan status:
0 - 50 Biru = Baik
51 - 100 Hijau = Sederhana
101 - 200 Kuning = Tidak Sihat
201 - 300 Oren = Sangat Tidak Sihat
> 300 Merah = Bahaya
Dapatkan panduan bacaan IPU di http://apims.doe.gov.my
👉🏻 Langkah-langkah pencegahan bagi mengurangkan kesan ke atas kesihatan:
✅ Kurangkan aktiviti fizikal/riadah di luar rumah
✅ Gunakan penutup hidung dan mulut jika perlu berada di luar rumah (terutamanya golongan berisiko tinggi).
✅ Tutup tingkap bagi mengurangkan asap jerebu masuk ke dalam rumah.
✅ Kurangkan pencemaran di dalam rumah/premis:
- Tidak merokok
- Tutup tingkap rumah
✅ Memasang penghawa dingin dan penapis udara (air filter/purifier).
✅ Gunakan penghawa dingin dengan memilih _mode_ kitaran udara dalaman semasa memandu kenderaan.
✅ Minum banyak air kosong sekurang -kurangnya 8 gelas sehari.
✅ Kerap mandi, cuci tangan dan muka
✅ Dapatkan info terkini semasa daripada media massa agensi terlibat.
Gejala Kesan Kesihatan Yang Akan Dialami Jika Terdedah Kepada Jerebu Secara Berterusan?
🥺 Batuk dan gatal di bahagian kerongkong
🥺 Sukar bernafas atau sesak nafas, sakit dada
🥺 Mata terasa pedih dan berair
🤧 Hidung berair dan kerap bersin
Jerebu memberi kesan lebih teruk kepada golongan berisiko tinggi iaitu:
⚠ Kanak-kanak
⚠ Orang tua
⚠ Pesakit asma, bronkitis, radang paru-paru, paru-paru kronik, jantung dan alahan.
⚠ Perokok
⚠ Mereka yang perlu sentiasa bekerja di luar pejabat atau luar rumah
🚑 Dapatkan segera rawatan di fasiliti kesihatan terdekat sekiranya tidak sihat
📝 Pesanan Ini Daripada Pejabat Kesihatan Daerah Dungun
Pin It
  • Kemaskini Pada : Selasa 04 Jun 2024, 07:22:38.

pelawat sejak 2016

01162131

MAJLIS PERBANDARAN DUNGUN
Jalan Yahaya Ahmad,
23000 Dungun, Terengganu.

T : 09-8481931
F : 09-8483210
E : mpdungun@terengganu.gov.my