PROGRAM KOMUNITI CAKNA TASIK LESTARI
Majlis Perbandaran Dungun (MPD) telah menganjurkan Program Komuniti Cakna Tasik Lestari 2026 di bawah Program Local Agenda 21 (LA21) Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang berlangsung pada Sabtu, 25 April 2026 bertempat di Taman Tasik Tanjung Sura.
Program ini telah disempurnakan oleh Yang Dipertua MPD, En Nasir bin Kassim, diiringi oleh Tuan Setiausaha, Ahli-Ahli Majlis, Ketua-Ketua Jabatan MPD, agensi- agensi teknikal serta komuniti setempat.
Pelbagai aktiviti menarik telah dilaksanakan antaranya aktiviti mudball, penanaman pokok, briskwalk, plogging serta pameran MyCareJPS ole JPS dan pameran kebersihan, bandar pintar dan bandar selamat daripada MPD. Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran komuniti terhadap kepentingan menjaga kebersihan, keceriaan dan pengindahan kawasan tasik serta memupuk semangat cintakan alam sekitar.
Program ini diharapkan dapat menjadikan Taman Tasik Tanjung Sura sebagai kawasan rekreasi yang lebih bersih, indah dan lestari untuk dinikmati oleh seluruh komuniti, selaras dengan aspirasi pembangunan mampan dan kesejahteraan bandar.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada seluruh komuniti yang hadir serta rakan-rakan strategik yang bersama-sama menjayakan program ini.
#MajlisPerbandaranDungun #MPD #LA21 #SDG #KPKT #KomunitiCaknaTasikLestari #BandarPintar #BandarMampan #idDungun2030 #TamanTasikTanjungSura









