Program Penyelenggaraan Dan Pembersihan Longkang Bagi Kawasan Berisiko Terlibat Banjir
Dungun - Sebagai langkah persediaan menghadapi sebarang kebarangkalian kejadian banjir dan memastikan aliran air berjalan lancar, Majlis Perbandaran Dungun telah melaksanakan program penyelenggaraan dan pembersihan longkang bagi kawasan berisiko terlibat banjir. Program ini melibatkan agensi-agensi Kerajaan di Daerah Dungun seperti Majlis Perbandaran Dungun, Pejabat Daerah Dungun, Jabatan Kerja Raya Dungun dan Jabatan Pengairan dan Saliran Dungun. Antara lokasi yang telah dijalankan adalah Kg. Seberang Pintasan, Kg. Paya dan Kg. Tebing Tembah, Paka. Semoga usaha ini dapat mengurangkan risiko berlakunya banjir di kawasan berkenaan dan kawasan sekitar.

