PROGRAM TENGGOL BEACH & UNDERWATER CLEANING 2026

PROGRAM TENGGOL BEACH & UNDERWATER CLEANING 2026
 
Pulau Tenggol, Dungun, Terengganu menjadi lokasi Program Tenggol Beach & Underwater Cleaning 2026, satu inisiatif bersama dalam usaha memelihara kebersihan pantai serta kelestarian ekosistem marin di Pulau Tenggol.
Program ini melibatkan kerjasama pelbagai agensi dan pihak berkepentingan, antaranya Pejabat Daerah Dungun, Majlis Perbandaran Dungun (MPD), Majlis Taman Negeri Terengganu, Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), PETRONAS, NGO serta beberapa agensi lain.
Antara objektif utama program ini adalah
 
Membersihkan kawasan pantai daripada sampah dan sisa yang boleh mencemarkan alam sekitar.
Menurunkan dan memasang kerangka terumbu karang (reef frame)di dasar perairan Pulau Tenggol bagi menyokong pemulihan serta perkembangan ekosistem terumbu karang.
Menangkap dan memusnahkan Crown-of-Thorns (COT) yang boleh mengancam kelangsungan ekosistem terumbu karang.
Program ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Razali bin Idris, ADUN Kijal merangkap Exco Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Negeri Terengganu.
Turut hadir Encik Fadli Yusof bin Haji Zakaria, Pegawai Daerah Dungun, serta wakil-wakil jabatan, agensi, NGO, pihak swasta dan para peserta yang bersama-sama menjayakan program ini.
Bersama-sama kita memelihara alam sekitar, melindungi terumbu karang dan memastikan keindahan Pulau Tenggol terus terpelihara untuk generasi akan datang.
Jom kita jaga Pulau Tenggol, khazanah alam dan marin Dungun!
JANGAN LUPA LIKE, FOLLOW & SHARE!
Ikuti perkembangan terkini Majlis Perbandaran Dungun (MPD) melalui platform rasmi kami:
Pin It
  • Kemaskini Pada : Rabu 14 Oktober 2026, 07:29:34.

pelawat sejak 2016

01443917

MAJLIS PERBANDARAN DUNGUN
Jalan Yahaya Ahmad,
23000 Dungun, Terengganu.

T : 09-8481931
F : 09-8483210
E : mpdungun@terengganu.gov.my

Portal rasmi Majlis Perbandaran Dungun

TERENGGANU PAY

privasi