PROGRAM TERENGGANU BERSIH SEMPENA HARI CUCI MALAYSIA TAHUN 2026 PERINGKAT DAERAH DUNGUN

26 September 2026 (Sabtu) | Pantai Sura, Dungun
Majlis Perbandaran Dungun (MPD) dengan sokongan pelbagai agensi, jabatan, institusi dan komuniti setempat telah menjayakan Program Terengganu Bersih Sempena Hari Cuci Malaysia (HCM) 2026 Peringkat Daerah Dungun yang berlangsung di Pantai Sura, Dungun (Headland 5 – Tanjung Sura Tengah).
Program ini telah disempurnakan oleh Yang Dipertua MPD, Encik Mohd Nasir bin Kasim dengan menghimpunkan peserta daripada pelbagai latar belakang untuk bersama-sama turun padang dalam aktiviti gotong-royong, pembersihan kawasan serta usaha memperkasa amalan kitar semula.
Hasil Kutipan Sampah
Hasil daripada aktiviti pembersihan yang dilaksanakan sebanyak 25.25 tan sampah telah direkodkan, melibatkan:
1. Sisa Gotong-Royong = 24.13 tan
2. Kitar Semula :
- Plastik = 0.2985 tan
- E-Waste = 0.0012 tan
- Kertas : 0.586 tan
- Logam : 0.237 tan
HCM merupakan program tahunan yang diadakan pada hari Sabtu minggu terakhir bulan September dan telah dilaksanakan sejak tahun 2024. Bagi tahun ini, pelaksanaan HCM memberi tumpuan kepada usaha membersihkan persekitaran, memupuk budaya gotong-royong serta memperkasakan amalan kitar semula.
Program ini bukan sekadar aktiviti membersihkan Kawasan malah menjadi ruang untuk bersama-sama membina kesedaran bahawa kebersihan adalah tanggungjawab bersama. Pada masa yang sama, amalan kitar semula turut menyokong usaha ke arah ekonomi kitaran yang lebih progresif dan kelestarian alam sekitar.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah meluangkan masa, tenaga dan komitmen dalam menjayakan program ini.
Semoga semangat kebersamaan ini terus diperkukuhkan dan menjadi sebahagian daripada amalan harian demi mewujudkan Dungun yang lebih bersih, selesa dan lestari.
Sama-sama kita jaga kebersihan.
Sama-sama kita jaga Dungun. 
 
JANGAN LUPA LIKE, FOLLOW & SHARE!
Ikuti perkembangan terkini Majlis Perbandaran Dungun (MPD) melalui platform rasmi kami:
Pin It
  • Kemaskini Pada : Rabu 14 Oktober 2026, 07:29:34.

pelawat sejak 2016

01443917

MAJLIS PERBANDARAN DUNGUN
Jalan Yahaya Ahmad,
23000 Dungun, Terengganu.

T : 09-8481931
F : 09-8483210
E : mpdungun@terengganu.gov.my

Portal rasmi Majlis Perbandaran Dungun

TERENGGANU PAY

privasi