Majlis Perbandaran Dungun (MPD) telah menganjurkan Ceramah Integriti: “Jangan Terpedaya, Scammer di Hujung Jari” bersempena Sambutan Bulan Integriti 2026.
Ceramah telah disampaikan oleh Insp. Muhammad Iqbal Hakim bin Zulkefli, Pemangku Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Komersil.
Tarikh: 10 November 2026 (Selasa)
Masa: 9.00 pagi
Tempat: Dewan Ibnu Khaldun, MPD
Penganjuran program ini bertujuan meningkatkan kesedaran warga kerja MPD mengenai kepentingan integriti serta memberi pendedahan berkaitan modus operandi penipuan dan jenayah komersial yang semakin berleluasa.
Semoga perkongsian ilmu ini dapat memberi manfaat serta meningkatkan kepekaan warga kerja agar sentiasa berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan taktik penipuan.
“INTEGRITI KITA, NILAI KITA”
MPD Terus Cemerlang, Komuniti Sejahtera!
JANGAN LUPA LIKE, FOLLOW & SHARE!








