SESI PEMBENTANGAN CADANGAN INISIATIF PEMULIHAN TAPAK PELUPUSAN SISA PEPEJAL DAN PEMPROSESAN SISA PEPEJAL BERSEPADU DI KAWASAN MPD

SESI PEMBENTANGAN CADANGAN INISIATIF PEMULIHAN TAPAK PELUPUSAN SISA PEPEJAL DAN PEMPROSESAN SISA PEPEJAL BERSEPADU DI KAWASAN MPD

11 Mei 2026 (Isnin) – Majlis Perbandaran Dungun (MPD) telah mengadakan satu sesi pembentangan berkaitan cadangan inisiatif pemulihan tapak pelupusan sisa dan pemprosesan sisa pepejal bersepadu yang disampaikan oleh wakil Pengurusan Infrakop Sdn Bhd. Sesi ini telah dipengerusikan oleh En. Mohd Adzhar bin Mohd Zahari, Setiausaha MPD dan dihadiri oleh Ahli Majlis serta Ketua – Ketua Jabatan.

Sesi ini juga bertujuan untuk memperincikan cadangan pelaksanaan projek melalui penggunaan teknologi pemprosesan moden dan mesra alam bagi menangani isu longgokan sisa pepejal termasuk sisa lama (legacy waste) di kawasan MPD.

Cadangan projek akan dilaksanakan melalui model penglibatan konsesi dan kini masih dalam peringkat penelitian serta penilaian semula oleh pihak MPD.

MPD komited dalam memperkukuhkan pengurusan sisa pepejal yang lebih sistematik, lestari dan berimpak tinggi demi kesejahteraan masyarakat serta kelestarian alam sekitar.

#DungunBandarMampan

#DungunBandarBahagia

#DungunBandarPrihatin

#SayangiDungun

#TMBS

#Id2025

#SampahSayaTanggungjawabSaya

#KebersihanTanggungjawabBersama

#SayaCaknaKebersihan

701799104 1448397377312940 4176569756427704540 n

Pin It
  • Kemaskini Pada : Selasa 19 Mei 2026, 03:10:54.

pelawat sejak 2016

01373441

MAJLIS PERBANDARAN DUNGUN
Jalan Yahaya Ahmad,
23000 Dungun, Terengganu.

T : 09-8481931
F : 09-8483210
E : mpdungun@terengganu.gov.my

Portal rasmi Majlis Perbandaran Dungun

TERENGGANU PAY

privasi