YDP MP DUNGUN MENGIRINGI YB DATO' HAJI WAN SUKAIRI WAN ABDULLAH MENYANTUNI PARA PENIAGA DAN PENGUNJUNG DI BAZAR

 

DUNGUN, 9 Mac 2026 – YB Dato’ Haji Wan Sukairi Wan Abdullah, Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri Terengganu telah meninjau suasana bazar serta menyantuni para peniaga dan pengunjung melalui program walkabout ke Bazar Ramadan Sura Gate, Dungun.

Beliau diiringi oleh Yang Dipertua Majlis Perbandaran Dungun, Tuan Haji Lukema Meri Salleh @ Abdul Latif. Turut hadir wakil Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Pejabat Kesihatan Daerah Dungun, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Ahli-Ahli Majlis MPD, ketua-ketua jabatan MPD serta Persatuan Kebajikan Peniaga-Peniaga Pasar Minggu dan Pasar Malam (KEPPAMIN) Daerah Dungun.

Dalam program tersebut, beliau turut merasmikan Kempen Bazar Ramadan dan Moreh Lestari Dungun 2026 bertemakan “Kurangkan Sisa, Gandakan Pahala” yang bertujuan menggalakkan penggunaan produk biodegradasi dalam kalangan peniaga dan pengunjung bazar. Perasmian kempen disempurnakan melalui acara simbolik pemotongan bunting serta penyerahan mangkuk tingkat.

Pada masa yang sama, beliau turut merasmikan Kempen 3M di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia yang menekankan amalan “Lihat, Hidu dan Rasa” sebelum menjamah makanan bagi memastikan keselamatan makanan yang diambil oleh pengguna.

Sebagai galakan kepada amalan kebersihan yang baik, Anugerah Gerai Terbersih turut disampaikan kepada dua gerai contoh iaitu Gerai Air Balang Abe Ngoh dan Gerai Stesen Bubur Dan Pengat yang dipilih oleh Pejabat Kesihatan Daerah Dungun.

Program turut diserikan dengan lawatan ke reruai pameran agensi melibatkan Bahagian Kesihatan dan Kebersihan MPD berkait kitar semula dan penggunaan bahan biodegradasi, pameran tanda harga serta aplikasi Price Catcher oleh KPDN dan pameran Kempen Larangan Merokok dan Kempen Larangan Penggunaan Dawai Kokot oleh Pejabat Kesihatan Daerah Dungun.

Lawatan diteruskan dengan sesi walkabout di sekitar bazar serta pengagihan apron kepada 160 orang peniaga Bazar Ramadan Sura Gate.

Program ini diharap dapat meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan kebersihan, keselamatan makanan serta amalan gaya hidup lestari melalui pengurangan penggunaan plastik sekali guna dan sisa makanan. Majlis Perbandaran Dungun komited untuk terus memperkasakan pengurusan bazar Ramadan yang lebih teratur, bersih dan mesra alam demi kesejahteraan masyarakat setempat.

Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !

FACEBOOK: mpdungun

Website: Majlis Perbandaran Dungun

Bahagian Pelesenan, Jabatan Kesihatan Awam Dan Pelesenan

#DungunBandarMampan

#DungunBandarBahagia

#DungunBandarPrihatin

#TMBS

#SayangiDungun

#ID2025

#BazarRamadandanMorehLestariDungun2026

649957838 1389903303162348 5225173711441541080 n

Pin It
  • Kemaskini Pada : Ahad 15 Mac 2026, 01:14:09.

pelawat sejak 2016

01348208

MAJLIS PERBANDARAN DUNGUN
Jalan Yahaya Ahmad,
23000 Dungun, Terengganu.

T : 09-8481931
F : 09-8483210
E : mpdungun@terengganu.gov.my

Portal rasmi Majlis Perbandaran Dungun

TERENGGANU PAY

privasi