Masjid di Mukim Besul

Image

Masjid Ladang Gajah Mati

Masjid Ladang Gajah Mati telah di bina bagi mengatasi masalah penduduk setempat untuk mengerjakan solat berjamaah, solat Jumaat dan lain-lain.

Masjid ini mendapat peruntukan pembiayaan pembinaan daripada TDM Plantation Sdn. Bhd. Ianya dibina diatas sebidang tanah yang berkeluasan ¼ ekar. Masjid ini juga dapat menampung kira-kira 200 orang jemaah pada satu masa.

Image

Masjid Bukit Besi

Masjid Bukit Besi telah lama dibina pada tahun 1955 dikawasan Mukim Besol. Ia dibina oleh pengusaha lombong bijih besi (Eastern Mining Metal Co Ltd ). Masjid yang sederhana besar yang diperbuat daripada kayu yang boleh memuatkan lebih kurang 300 jemaah.

Masjid baru mula dibina pada tahun 1983 di atastanah kerajaan dengan kos sebanyak RM 350,000.00. Dibina oleh Kerajaan Negeri Terengganu di bawah pentadbiarn KETENGAH.Upacara perasmian telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Amar Diraja Haji Wan Mokhtar bin Ahmad Menteri Besar Terengganu pada 22 Disember 1983 bersamaan 18 Rabiulawal 1404. Kapasiti jemaah masjid seramai 450 jemaah.

Persempadan jumaat di belah utara Kg Dendang.Selatan Kg Ladang Gajah Mati. Timur Kg Pinang mas dan barat kg Tepus. Masjid ini merupakan masjid terbaik bagi peringkat negeri Terengganu sempena sambutan Maal Hijrah 1416 dan tempat kedua terbaik sempena sambutan Maal Hijrah 1413 peringkat daerah Dungun.

  • Kemaskini Pada : Selasa 26 Mac 2024, 07:21:59.

pelawat sejak 2016

01147838

MAJLIS PERBANDARAN DUNGUN
Jalan Yahaya Ahmad,
23000 Dungun, Terengganu.

T : 09-8481931
F : 09-8483210
E : mpdungun@terengganu.gov.my

Majlis Perbandaran Dungun

MyGov Portal
TERENGGANU PAY

privasi

/*SENARAI PASAR MALAM DI DAERAH DUNGUN